SERIE A
Conte gembira aksi tekal Inter walau tidak bermain cantik
Antonio Conte lebih fokus kepada tahap ketekalan Inter Milan berbanding aksi tidak menarik pasukan itu selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Spezia malam tadi, yang melebarkan rekod kemenangan mereka kepada enam perlawanan Serie A berturut-turut.
Inter bergelut dalam aksi di San Siro itu yang menyaksikan mereka hanya mencipta sedikit peluang sepanjang babak pertama, di mana Spezia merekodkan lebih penguasaan permainan.
Tetapi Achraf Hakimi memecahkan kebuntuan itu menerusi jaringannya pada awal babak kedua sebelum jaringan penalti Romelu Lukaku menamatkan saingan Spezia walaupun berupaya merapatkan jurang dalam waktu kecederaan.
Iklan
Ia merupakan kali pertama Inter memperoleh empat kemenangan berturut-turut di bawah kendalian Conte dan 18 mata yang dikumpulkan mereka daripada enam perlawanan liga terakhir menyaksikan ia berkelebihan sekurang-kurangnya empat mata berbanding pasukan lain.
Conte gembira apabila Inter akhirnya menemui kestabilan dan menolak kepentingan untuk beraksi cantik buat skuad Nerazzurri itu, yang kini hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, AC Milan.
"Kami memperoleh enam kemenangan berturut-turut dan ia sesuatu yang menggembirakan kerana dengan ketekalan itu anda berada (hampir) di puncak liga," katanya kepada Sky Sport Italia.
— Inter (@Inter_en) December 20, 2020"Kami sedar ia akan menjadi rumit, Spezia pasukan yang amat teratur dan akan menutup segenap ruang. Mereka mempunyai pemain yang sangat kuat daripada aspek fizikal.
"Dalam babak pertama, kami tidak dapat mencipta banyak peluang.
"Ia kemenangan yang baik jika memikirkan bahawa kami bermain setiap tiga hari dan terdapat sedikit kepenatan.
"Tiada guna untuk berselindung. Ayuh kuatkan semangat kami untuk menamatkan deretan (perlawanan) ini dengan sebaik mungkin.
"Kami perlu memiliki keberanian tanpa sebarang rasa takut," katanya.
Must-Watch Video