Skip to main content

Bola Sepak

Clement bangga The Swans temui rentak kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

clement.jpg
SWANSEA CITY 2 STOKE CITY 0

Paul Clement percaya Swansea City telah memperbaharui momentum mereka untuk memastikan mereka kekal di Liga Perdana Inggeris selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas  Stoke City.


Swansea menamatkan kemarau enam perlawanan tanpa kemenangan dengan persembahan yang dominan ke atas Stoke di Stadium Liberty.

Fernando Llorente menjaringkan gol pembukaan buat Swansea pada minit ke-10. Arnautovic gagal menyempurnakan sepakan penalti sekaligus menghukum pasukan pelawat apabila Tom Carroll menggandakan jaringan The Swans, seminit kemudian.

Selepas meraih kemenangan ini, Clement yakin anak buahnya mampu kembali mencari rentak kemenanangan pada baki empat perlawanan musim ini.

"Saya sangat berbangga dengan pasukan hari ini," kata Clement. "Ia merupakan perlawanan yang kami perlu menang.

"Tiga mata penuh ini memberikan kami momentum untuk terus bersaing. Kami yakin akan kekal di dalam liga ini untuk saingan musim hadapan.

"Kami telah memberikan tumpuan penuh pada perlawanan ini. Kami akan menghadapi perlawanan yang besar minggu hadapan di Old Trafford.

"Kami memerlukan tiga kemenangan dan satu seri."

Advertisement

Must Watch Video