Skip to main content

Bola Sepak

Cheng Hoe: Indonesia lawan misteri

tan-cheng-hoe_2.jpg
Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, menganggap Indonesia sebagai lawan misteri apabila barisan kejurulatihannya tidak dapat melakukan risikan sebagai persiapan berdepan musuh tradisi itu menjelang aksi di Stadium Gelora Bung Karno, Khamis ini.

Tidak banyak maklumat yang diperoleh barisan kejurulatihan Harimau Malaya untuk aksi pembukaan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu menentang skuad Garuda di tempat lawan.

Ia susulan lawan mengambil pendekatan rahsia apabila mengadakan dua aksi persahabatan secara tertutup sebagai persediaan menentang Malaysia.

Mereka bertemu dua kelab tempatan, Bhayangkara FC dan Persika Karawang, berbanding skuad negara yang mengadakan aksi persahabatan antarabangsa bertemu Jordan di laman sendiri, Jumaat lalu.

"Memang sukar untuk mendapat maklumat tentang Indonesia tetapi saya fokus kepada pasukan sendiri. Siapa pemain yang diturunkan, kami belum pasti tetapi saya rasa Indonesia juga melakukan beberapa pertukaran," kata Cheng Hoe.

Situasi itu meresahkan bekas pengendali Kedah itu apabila hanya dapat menilai prestasi skuad Garuda dalam beberapa aksi terakhir di pentas antarabangsa, antaranya ketika menundukkan Vanuatu 6-0, Jun lalu.

"Setiap jurulatih ada falsafah sendiri. Saya percaya pengendali Indonesia, Simon McMenemy, lebih selesa dengan aksi tertutup. Mungkin dia tidak mahu pemain terlalu tertekan tetapi saya hanya fokus kepada pasukan sendiri."

Advertisement

Must Watch Video