Antonio Conte berkata Chelsea hanya mempunyai peluang 50-50 untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris berikutan kekalahan 0-2 di tangan Manchester United di Old Trafford malam tadi dan mendakwa memenangi gelaran itu akan menjadi satu "keajaiban".
Marcus Rashford dan Ander Herrera masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan kedua untuk membuatThe Blues hanya berkelebihan empat mata di depan skuad tempat kedua, Tottenham, selepas memegang kelebihan 10 mata pada permulaan April.
Di atas kertas, Spurs mempunyai laluan lebih sukar dengan perlawanan akan datang menentang pesaing, Arsenal dan Manchester United, serta aksi jiran tetangga London dengan Crystal Palace dan West Ham.
Tetapi Conte, yang pasukannya kini tewas dua kali daripada empat perlawanan terbaru mereka selepas kalah 1-2 kepada Palace di laman sendiri bulan ini, berkata terdapat jurang kecil di antara pasukan-pasukan.
"Kami tewas dua perlawanan. Dua perlawanan sama sekali berbeza -- kami tidak sepatutnya kalah kepada Palace -- tetapi hari ini (malam tadi) kami layak kalah," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
"Ada enam perlawanan terakhir bermula sekarang. Liga ini terbuka. Kami mempunyai 50 peratus kebarangkalian untuk memenangi liga.
"Tekanan adalah perkara biasa -- saya lebih suka mempunyai tekanan berbanding tidak berjuang untuk gelaran dan berjenaka setiap masa.
"Kami bernasib baik kerana mempunyai tekanan. Musim lalu Chelsea tidak mempunyai tekanan kerana mereka di tempat ke-10.
"Sesuatu yang penting berlaku musim ini. Kami sedang melaksanakan tugas dengan cepat, keajaiban musim ini mengambil kira masalah musim lalu.
"Bagi kami, ia adalah sasaran yang hebat. Bagi saya, jika kami dapat mencapai sasaran ini, ia akan menjadi satu keajaiban. Kami mesti memahami perkara ini dan mencari motivasi yang betul.
"Kami kekal berada di kedudukan yang hebat tetapi Tottenham berada dalam prestasi baik dan bermain dengan baik dan dengan penuh semangat. Kami mesti mempunyai perkara sama."
Barometer potensi kedua-dua pencabar gelaran akan tampil dalam separuh akhir Piala FA minggu depan, dengan pertemuan Chelsea dan Spurs di Wembley.
"Kita semua tahu sama ada anda mara ke perlawanan akhir atau tidak, maka kami mesti memberikan 200 peratus untuk mara ke final," kata Conte.
"Ia tidak akan menjadi mudah kerana Tottenham kini adalah pasukan terbaik. Mereka berada dalam prestasi hebat dan mereka mempunyai semangat besar kerana mereka berasa kemungkinan boleh mengukir sejarah.
"Ini adalah perlawanan di antara dua pasukan yang bersaing untuk memenangi liga musim ini. Ia akan menjadi satu perlawanan menarik. Kami mempunyai lima hari untuk membuat persediaan bagi permainan ini dan kemudian bermain untuk menang."