Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea mampu bangkit, kata Begovic

17417begovic.jpg
Asmir Begovic yakin bahawa pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea, mampu bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Manchester United di Old Trafford, malam tadi.

Skuad Antonio Conte gagal melebarkan jurang tujuh mata ke atas Tottenham apabila gol daripada Marcus Rashford dan Ander Herrera memberikan Jose Mourinho peluang untuk bercakap besar ke atas bekas majikannya.

Ia merupakan satu tamparan yang jarang berlaku ketika the Blues dalam kemaraan ke arah gelaran.

Tetapi Begovic -- yang menggantikan Thibaut Courtois akibat cedera -- yakin Chelsea mampu menangkis prestasi baik pesaing London mereka, Tottenham.

"Saya rasa kekalahan ini adalah gabungan beberapa perkara. United lebih agresif, mereka memenangi bola kedua dan mungkin mahukan lebih," kata Begovic kepada BBC Sport.

"Mereka mendapat permulaan yang baik. Kami perlu beraksi lebih baik pada masa hadapan.

"Kami mempunyai banyak perlawanan penentuan. Kami memiliki banyak karektor dan boleh bangkit kembali.

"Kami mempunyai kelebihan empat mata dan pada permulaan musim, kami mengambilnya pada peringkat ini.

"Jika kami menang perlawanan kami, ia tidak kisah apa yang Tottenham lakukan."

Advertisement

Must Watch Video