Levi Colwill tidak akan meninggalkan Chelsea musim panas ini di sebalik minat berterusan daripada Liverpool dan Brighton, demikian laporan daripada PA.
Kelab itu tidak bersedia untuk melayani tawaran ke atas pertahanan berusia 20 tahun itu yang membintangi skuad England B-21 yang menewaskan Israel 3-0 semalam untuk mara ke final Kejohanan Eropah di Georgia.
Dia masih mempunyai baki kontrak hingga musim panas 2024 dengan pilihan setahun lagi melanjutkannya andai kriteria tertentu dipenuhi.
Colwill menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Brighton di mana dia membuat 22 penampilan dan membuktikan dirinya sebagai pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk membantu The Seagulls layak ke saingan Eropah.
Brighton berminat untuk menandatangani pertahanan itu secara kekal, tetapi PA difahamkan The Blues tidak bersedia untuk mendengar tawaran, termasuk darippada pasukan bimbingan Jurgen Klopp yang dilaporkan membuat tawaran baru minggu ini.
Difahamkan juga perpindahan Christian Pulisic ke AC Milan masih belum mencapai kata sepakat berikutan penilaian berbeza kedua-dua kelab itu terhadap pemain berkenaan.
Sementara itu, Chelsea turut mengesahkan bahawa Cesar Azpilicueta telah menamatkan tempoh 11 tahunnya di barat London itu dan pemain berusia 33 tahun itu dilaporkan telah bersetuju untuk kembali ke Sepanyol dengan menyertai Atletico Madrid.

Our #YoungLions are #U21EURO finalists! ???????? pic.twitter.com/8tWGzX8flH
— England (@England) July 5, 2023