Mauricio Pochettino menyambut jadual perlawanan antarabangsa dengan bercampur-baur berikutan peningkatan prestasi Chelsea kebelakangan ini.
Raheem Sterling menjadi watak penting ketika The Blues bangkit 4-1 di Burnley untuk memberikan mereka kemenangan ketiga berturut-turut semalam.
Justeru, pengurus berbangsa Argentina itu berharap dua minggu akan datang akan menyaksikan senarai kecederaan makin menurun sebelum menentang Arsenal pada 21 Oktober depan.
Dengan Wesley Fofana dan Christopher Nkunku perlu berehat panjang; Reece James, Benoit Badiashile, dan Trevor Chalobah pula dijangka kembali menjelang pertemuan itu, manakala Pochettino berharap Ben Chilwell dan Romeo Lavia mengambil inisiatif untuk pulih segera.
"Kami mahu memulihkan pemain yang tercedera," katanya.
“Dua minggu akan datang kami akan menghabiskan masa bekerja di gelanggang latihan dengan suasana yang berbeza berbanding bulan-bulan lepas.
“Selepas dua kemenangan, suasana menjadi lebih baik tetapi saya fikir kami akan terus berusaha, bekerja keras untuk bertambah bagus dalam beberapa bulan akan datang.”

Sterling scores ?#BURCHE pic.twitter.com/T88ZnsPfOF
— Premier League (@premierleague) October 7, 2023