BOLA SEPAK MSIA
Cerita 96 minit di studio
Usaha itu tangga kejayaan.. Sabar itu indah..
Apa lagi perumpamaan yang boleh kita gambarkan buat skuad bola sepak negara dalam pertemuan dengan Kyrgyzstan?
Dalam perjalanan bersama Razman Roslan, saya sempat berborak "Man berapa kita menang malam ni?"
Iklan
"Tak banyak bang sebiji je tapi menang.."
6.30 petang saya sudah dapat barisan yang akan diturunkan.. 3-4-3? Biar betul? Main tiga pertahanan? Mr. Kim mungkin ada justifikasi.. Paling mudah pemahaman saya nak serang dari tepi dengan dua pivot ditengah..
Di studio, perbincangan nampak menarik. Safee, Azman Adnan dan Razman ada fakta dan sebab dari setiap butir kata yang dilontarkan.. Selepas kedudukan 1-0, saya makin yakin, namun penghujung separuh masa pertama, hati jadi gundah gulana.
Man Turn Man Score, Super Safee dan Razman keluar meninggalkan saya keseorangan tanda kecewa.
Saya keseorangan sambil memegang pen cuba mencatit di mana yang tak kena persembahan pasukan kita. Namun, segalanya berubah dengan gol sendiri kemudian tandukan Dion Cools dan gerakan menakjubkan Arif Aiman yang disudahkan Faisal Halim.
Malam yang penuh cerita dan drama. Telefon terus dihujani mesej kebanggaan dengan semangat melawan luar biasa. Awal pagi berbual dengan Presiden FAM.. Apa rasa Datuk masa ketinggalan? Masa 3-1 hati abg luluh Zal. Tapi abang diulit mainan perasaan boleh ni. Akhirnya alhamdulilah, kita menang.
Ulasan serak suara pengulas lagenda, Hj Zainal Abidin Rawop, buat saya tersenyum dan bangga. Ulasan dengan fakta dan dibina dengan penuh "editorial commentary" yang penuh bersemangat steady Pak Haji.
Sebak sebelum menutup siaran langsung malam tadi menceritakan yakni bola sepak kita kini dalam perjalanan menuju puncak yang lebih gemilang. Adakala perlahan adakala laju tapi tetap dibawa kepada jalan kejayaan. Sabar dan sabar
Syabas Buat Semua..
Must-Watch Video