PIALA FA
Cech gembira bertemu rakan lama dalam final Piala FA
Penjaga gol Arsenal, Petr Cech, senang untuk menganggap perlawanan akhir Piala FA adalah "istimewa" apabila menentang bekas kelabnya, Chelsea.
Cech memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala FA empat kali dalam kerjayanya bersama Chelsea, yang juga meraih kejayaan dalam tiga Piala EFL, Liga Juara-Juara dan Liga Europa, sebelum menyertai Arsenal pada 2015.
Bekas majikannya itu sekali lagi bakal dinobatkan sebagai juara di England selepas menewaskan Tottenham Hotspur 4-2 dalam aksi separuh akhir yang mendebarkan.
Iklan
Arsenal memerlukan masa tambahan untuk menewaskan Manchester City 2-1 dalam pertemuan yang sama kelmarin dan Cech menganggap ia satu pertemuan dengan rakan lama yang tidak akan dilupakan.
"Ya, ia akan menjadi istimewa," katanya. "Setiap perlawanan akhir Piala FA ada keistimewaan tersendiri dan, jelas, saya akan bermain menentang pasukan di mana saya meraih kejayaan besar dan menghabiskan masa bertahun-tahun yang indah.
"Mudah-mudahan saya akan menjadi individu yang pergi untuk meraikan kejayaan."
Arsenal yang menewaskan skuad Pep Guardiola mungkin bukan pasukan pilihan selepas Sergio Aguero mengatasi Cech untuk membawa City mendahului pada minit ke-62.
Tetapi Nacho Monreal meledak untuk menyamakan kedudukan dan Cech menepis percubaan Yaya Toure sebelum Alexis Sanchez menyumbang gol kemenangan dalam masa tambahan.
Ia kemenangan yang penjaga gol berusia 34 tahun itu rasakan satu jawapan kepada pengkritik yang mempersoalkan prestasi Arsenal di sebalik prestasi suram sejak kebelakangan ini.
"Saya fikir ia mudah untuk bersembunyi di sebalik kata-kata, 'kami tidak mempunyai pemimpin, mereka tidak mempunyai pemimpin, dia ini memilikinya'," katanya.
"Anda perlu melihat apa yang berlaku di belakang tabir, bagaimana pasukan berfungsi dan bagaimana kami beroperasi.
"Kadang-kadang, jelas anda mempunyai tempoh perlawanan di mana anda bersedia, anda telah melakukan perkara yang betul tetapi perlawanan bermula dan ia berlalu serong.
"Kami mempunyai masa yang sukar apabila pasukan tidak sepatutnya tewas dan kemudian anda tampil dalam situasi untuk bermain di bawah tekanan dan perlu mencari jalan keluar.
"Kadang-kadang anda mencari jalan penyelesaian dengan cepat, kadang-kadang ia mengambil sedikit masa dan ia boleh menyebabkan kerosakan.
"Saya rasa perkara yang paling penting (menentang City) adalah disiplin seluruh pasukan dan usaha. Semua terperangkap dengan rancangan dan persembahan individu adalah cemerlang.
"Ia adalah satu perlawanan yang sangat sukar menentang lawan yang sangat sukar. Pada masa mereka cemerlang, walaupun dalam permainan ini mereka tewas. Ia adalah amat sukar tetapi kami berjaya mencari jawapan."
Arsenal kembali dalam aksi Liga Perdana Inggeris dengan menentang Leicester City esok.
Arsenal berada di tangga ketujuh liga, walaupun memiliki beberapa perlawanan di dalam tangan, berbanding skuad di atas mereka dan situasi itu membuatkan Cech tidak percaya mereka boleh berpuas hati.
"Saya fikir kami akan berada di bawah tekanan dalam setiap perlawanan bermula sekarang," katanya. "Dengan kedudukan kami dalam liga, tidak ada pilihan lain.
"Kami perlu terus mendapat tiga mata dalam setiap perlawanan untuk memberi harapan bahawa kami boleh mendapat kelayakan automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.
"Ini akan menjadi satu cabaran dan, kedua, anda bermain bola sepak untuk memenangi perlawanan besar dan melibatkan diri dalam kejohanan besar.
"Anda mahu bermain dalam perlawanan akhir. Saya rasa semua orang tidak mahu hanya mengambil bahagian dalam separuh akhir dan berharap ia akan menjadi hari anda."
Must-Watch Video