Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Cavani, Martial terlepas aksi bertemu Leipzig

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cavani.jpg
Penyerang Manchetser United, Edinson Cavani dan Anthony Martial, bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara (UCL) dengan RB Leipzig.

Mereka telah dikeluarkan ketika United menang 3-1 ke atas West Ham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), di mana The Red Devils bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan hasil jaringan Paul Pogba, Mason Greenwood dan Marcus Rashford.

Pengurus pasukan, Ole Gunnar Soslskjaer, berharap kecederaan yang dialami adalah jangka masa pendek tetapi mengesahkan semalam bahawa Cavani mahupun Martial tidak akan bersama pasukan untuk aksi awal pagi esok.

David de Gea kembali bersedia untuk diturunkan selepas direhatkan daripada perlawanan bertemu West Ham dan Luke Shaw bersama pasukan selepas diketepikan hampir sebulan ekoran masalah hamstring.

Dengan Cavani dan Martial tidak akan beraksi sementara Rashford bergelut dengan masalah bahu, sentuhan jaringan bakal ditagih oleh pemain berusia 19 tahun, Greenwood.
 

Greenwood telah meledak 20 gol dalam semua pertandingan setakat ini sejak bermula musim 2019-20, di mana dua kali lebih banyak berbanding mana-mana pemain muda buat pasukan EPL.

Bagaimanapun, kecederaan ringan serta bebrapa kebimbangan yang berlaku dalam sesi latihan memberikan impak kepada pasukannya, dengan jaringannya ketika bertemu West Ham merupakan satu-satunya yang terhasil selepas tujuh penampilan.

Solskjaer masih lagi meletakkan keyakinan kepada penyerang itu ketika mereka bersiap sedia untuk perlawanan yang hanya memerlukan satu mata untuk melangkah ke pusingan 16.

"Mason penyerang berbakat," kata Solskjaer. "Dia salah seorang penyudah terbaik pernah saya bekerjasama sekali dan kami mampu menghasilkan lebih banyak peluang kepadanya.

"Dia masih muda, masih lagi belajar dan akan mempertingkatkan mutu permainan dengan pengalaman yang berada di sekelilingnya.

"Menang atau seri akan memastikan pasukan ke pusingan seterusnya, jadi ini merupakan perlawanan yang penting."

Advertisement

Must Watch Video