Pemain tengah Manchester United, Michael Carrick, menolak cadangan bahawa dia akan menyertai Newcastle United pada penghujung musim ini dan sudah bersedia untuk bersara di Old Trafford.
Kontrak pemain berusia 35 tahun itu bakal berakhir pada Jun ini dan dia masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya bersama The Red Devils.
Dia membesar sebagai peminat Newcastle tetapi Carrick tidak berhasrat untuk bermain di St. James' Park.
"Tidak, saya tidak akan beraksi di sana," kata Carrick.
"Saya membesar sebagai penyokong Newcastle, saya mengimpikan satu hari nanti beraksi bersama mereka tetapi saya amat bertuah kerana terpilih untuk beraksi bersama Manchester United untuk jangka masa yang panjang.
"Saya akan mengakhiri karier saya di Old Trafford."