Berita mengejutkan di Sepanyol apabila bekas ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, telah dikenakan hukuman berat akibat kesalahan yang dilakukannya pada 2014.
Kesalahan yang dibuat ialah penipuan cukai dan mahkamah Sepanyol menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun.
Ketika itu, pengendali kelahiran Itali itu sedang mengurus Los Blancos sebelum berkelana ke Bayern Munich pada tahun berikutnya.
Ancelotti didapati gagal membayar cukai ke atas pendapatan dengan jumlah yang tidak diisytiharkan melebihi RM4.97 juta. Lebih menarik, pendakwa raya mendakwa bahawa dia menggunakan syarikat palsu untuk menyembunyikan hasil keuntungan gaji sebenar.
Namun, meskipun hukuman telah diputuskan, pengurus berusia 66 tahun itu tidak akan menjalani hukuman itu kerana undang-undang negara tersebut yang membenarkan penangguhan bagi kesalahan bukan ganas yang kurang daripada dua tahun, terutamanya bagi pesalah kali pertama.
Begitupun, Ancelotti tetap harus membayar denda sebanyak RM1.9 juta.
Ancelotti antara individu paling berjaya dalam sejarah dengan memenangi lima gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan kejuaraan liga di lima negara berbeza.
Kini, dia mengetuai Brazil dengan misi tersendiri dalam Piala Dunia 2026 selepas meninggalkan kelab LaLiga itu musim ini.

✅️ ????????
— Stadium Astro ?? (@stadiumastro) July 10, 2025
Carlo Ancelotti ?? has been sentenced to ??? ???? ?? ?????? for tax fraud in 2014. pic.twitter.com/Rfw2flyaHP