Skip to main content

Bola Sepak

Campbell jangka aksi hangat dalam pertembungan jiran tetangga utara London

27417harrykane2.jpg
Sol Campbell menjangkakan pertembungan hangat jiran tetangga utara London di antara Tottenham dan Arsenal pada Ahad ini, dengan Spurs berusaha merebut gelaran Liga Perdana Inggeris dan Gunners terdesak untuk menjamin kelompok empat teratas.

Spurs, yang memenangi lapan perlawanan liga berturut-turut, berada empat mata di belakang pendahulu, Chelsea, selepas menang 1-0 ke atas Crystal Palace, awal pagi tadi.

Arsenal mengalami satu lagi kempen mengecewakan untuk meraih gelaran, yang menyaksikan peningkatan tekanan ke atas pengurus, Arsene Wenger.

Gunners menewaskan Leicester City untuk merapatkan jurang empat mata di belakang skuad di tangga keempat, Manchester City, dalam usaha semakin sukar mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Campbell tahu tekanan bermain dalam situasi kedua-dua belah pihak, setelah membuat penghijrahan kontroversi Spurs ke Arsenal pada 2001.

Dan bekas pemain pertahanan England itu menjangka perlawanan yang kompetitif daripada biasa apabila kedua-duanya bertemu dalam aksi penting di White Hart Lane, hujung minggu ini.

Bercakap kepada Omnisport, dia berkata: "Adakah anda tahu? Apa yang berlaku adalah penting bagi kedua-dua pihak.

"Jelas satu pihak (Tottenham) cuba untuk memberi tekanan kepada Chelsea. Kemudian, anda dapati Arsenal perlu mendapatkan tempat keempat.

"Ia selalu berdaya saing tetapi akan ada yang tewas -- kerana kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan.

"Saya rasa ia pasti akan menjadi permainan yang kompetitif, lebih-lebih lagi yang akan menambahkan rencah."

Tottenham pernah menamatkan saingan mengatasi pesaingnya itu dalam Liga Perdana pada musim 1994-1995 dan pada musim lalu mereka tewas 5-1 di Newcastle United pada hari terakhir untuk menyerah kalah kepada Arsenal yang menamatkan saingan di tempat kedua.

Tetapi Campbell berkata keutamaan Gunners kali ini adalah empat teratas dan tidak menamatkan saingan di atas skuad Mauricio Pochettino.

"Tottenham memberi tekanan sejak sekian lama untuk mengejar (menamatkan saingan di atas Arsenal)," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video