Skip to main content

Bola Sepak

Bukit Jalil kekal pilihan Kim Pan-gon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Kim Pan-gon kekal memilih Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue perlawanan pertama Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz yang bakal berlangsung pada 16 November ini.

Keputusan itu dibuat bagi tujuan memudahkan urusan kehadiran penyokong memandangkan Stadium Nasional terletak di Lembah Klang, malah membantu mengurangkan tempoh perjalanan skuad Harimau Malaya.

Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) selepas mengadakan tinjauan mengesahkan keadaan padang bertambah baik dalam tempoh dua minggu akan datang -- biarpun bukan di tahap terbaik -- selepas kualitinya dikritik hebat ketika Piala Pestabola Merdeka, bulan lepas.




Skuad Harimau Malaya juga hanya beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk satu perlawanan bertemu Republik Kyrgyz sebelum berlepas ke Taiwan untuk perlawanan kedua pada 21 November ini.

Sementara pertemuan ketiga dengan Oman bersambung Mac depan.
 

Advertisement

Must Watch Video