Skip to main content

Bola Sepak

Buffon bangga pecahkan rekod Maldini

gianluigibuffon-cropped_eg5wpsrsr83jz8am4huj7h4e.jpg
Penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon, sangat gembira selepas memecahkan rekod penampilan milik Paolo Maldini di peringkat kelab.

Buffon -- yang kembali ke Turin selepas semusim bersama Paris Saint-Germain (PSG) -- telah beraksi sebanyak 903 kali sewaktu Juve menundukkan SPAL 2-0 semalam, sekali gus memadamkan rekod milik Maldini.

Pemain berusia 41 tahun, Buffon, menyamai rekod Maldini ketika menewaskan Hellas Verona minggu lalu sebelum diletakkan di bangku simpanan dalam kunjungan ke Brescia, namun dia kembali menjadi pilihan untuk menentang SPAL.

Selepas mengatasi rekod rakan senegaranya, Maldini, Buffon memberitahu wartawan: "Ia satu kepuasan tetapi saya tidak sedar sudah semakin hampir dengan rekod ini dalam dua perlawanan lalu. Saya hanya menyedarinya dalam aksi sebelum ini. Saya diberitahu telah menghampiri rekod Maldini.

"Ia membuatkan sangat gembira dan bangga. Puas dengan apa yang dicapai tetapi seperti saya katakan, saya gembira kerana tidak terbawa-bawa dengan diri sendiri sebagai pemain berprofil tinggi. Itu yang saya fikirkan tanpa mendabik dada.

"Saya juga sering menambah bahawa saya akan sentiasa berterima kasih kepada ibu-bapa dan isteri yang telah memberi dorongan. Namun, saya juga boleh katakan bahawa ini adalah hasil usaha sendiri."

Buffon kembali menyertai Juve ketika musim panas lalu selepas setahun bersama PSG dan sebelum itu, dia pernah menyarung jersi Parma.

Advertisement

Must Watch Video