Skip to main content

Bola Sepak

Bournemouth masih belum selamat daripada penyingkiran -- Howe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bournemouth.jpg
Pengurus Bournemouth, Eddie Howe memberi amaran kepada skuad kendaliannya bahawa mereka masih belum lagi terkeluar daripada zon penyingkiran, walaupun meraih kemenangan bergaya ke atas Middlesbrough 4-0 di Stadium Vitality pada Sabtu.

Jaringan awal daripada Joshua King dan Benik Afobe memberikan kedudukan yang selesa buat Bournemouth, sebelum Middlesbrough kekurangan seorang pemain apabila Gaston Ramirez dilayangkan kad merah pada minit ke-20.

Marc Pugh dan Charlie Daniels kemudian menambah jaringan perlawanan buat skuad bimbingan Howe, memberikan mereka kelebihan tujuh mata bebas daripada zon penyingkiran dengan berbaki empat perlawanan.

Bagaimanapun, Howe enggan melihat ia sebagai sesuatu yang boleh diraikan.

"Kami memerlukan lebih banyak mata untuk benar-benar kekal di dalam liga ini," kata Howe.

"Tetapi ia adalah persembahan yang baik buat kami. Kami telah mendominasi lawan kami sejak awal permainan.

"Saya berpuas hati apabila kedua-dua penyerang saya menghasilkan gol."

Advertisement

Must Watch Video