Skip to main content

Bola Sepak

"Bila saya bangun esok pagi, mungkin saya akan menyesal" - Kim Pan-gon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kim-pan-gon-saya-mungkin-menyesal.jpg
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dalam sidang media perletakan jawatannya sebentar tadi menegaskan peminat bola sepak & seluruh rakyat Malaysia tidak perlu bersedih dan menyesal akan keputusannya ini.

Sebaliknya, beliau berkata keputusan yang dibuat mungkin akan menyebabkan beliau menyesal dan bersedih. Namun, beliau turut memandangnya dari sisi positif.

"Anda semua tidak perlu menyesal dengan ketiadaan saya sebagai jurulatih, saya yang perlu rasa menyesal apabila saya bangun esok pagi." ujar Pan-gon

"Kamu tidak perlu bersedih, ini adalah peluang untuk anda mengharungi perjalanan yang lain, dan saya juga akan mempunyai perjalanan saya sendiri. Saya harap semua faham akan keputusan ini dan mengambilnya dari sudut positif. Jangan salah faham, ini bukanlah pengakhirannya. Saya akan terus berbakti kepada pasukan & rakyat Malaysia, mungkin dengan cara berbeza." tambahnya.

"Saya telah membina legasi saya di sini. Saya juga meletakkan kecintaan saya kepada Malaysia, saya hanya meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan. Hubungan saya dan rakyat Malaysia tidak akan pernah retak. Saya akan terus menyokong anda di mana sahaja saya berada." jelas Kim Pan-gon.

Advertisement

Must Watch Video