Ole Gunnar Solskjaer berkata tiada perlu untuk menekan 'butang panik' dan melihat aksi Derby Manchester adalah perlawanan terbaik diharapkan untuk Manchester United selepas tersingkit daripada Liga Juara-Juara (UCL).
The Red Devils tersingkir daripada saingan UCL dengan kekalahan 3-2 kepada RB Leipzig Rabu lalu dan kembali beraksi dalam saingan Liga Europa (UEL) Februari tahun depan.
United tidak memiliki masa untuk meratapi perkara tersebut, seelpas mereka berdepan Manchester City di Old Trafford hari ini dan menyasarkan kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Solskjaer menjangkakan aksi positif daripada United untuk bangkit daripada luka pertengahan minggu di Jerman sekaligus megejar kemenangan ketiga berturut-turut berdepan City.
Pengendali United, yang menyambut semula kehadiran Anthony Martial tetapi tidak yakin Edinson Cavani bakal beraksi, berkata, "Saya fikir setiap pemain adalah sama. Mana-mana pemain yang bermain bola sepak pasti kecewa apabila anda tewas.
"Mereka mahu bangkit dan memenangi perlawanan seterusnya. Kami telah menangani kekalahan dengan baik, semasa permainan dan sebelum perlawanan seterusnya. Anda perlu menganalisis apa yang salah.
"Penting untuk tidak menekan butang panik kerana anda tidak dapat memenangi setiap perlawanan. Sebilangan perlawanan lebih menyakitkan daripada yang lain dan mempunyai lebih banyak akibat daripada yang lain.
"Kami menghadapi kenyataan tanpa aksi UCL dan kami terus maju. Kami perlu kembali ke Liga Juara-Juara dengan terus meningkatkan lagi prestasi."

? Ole: "Any player should be disappointed when they lose a game.
— Manchester United (@ManUtd) December 11, 2020
"But we've shown we can handle setbacks, both during games and before the next one." #MUFC #MUNMCI pic.twitter.com/wXt9qXVwhy