Skip to main content

Bola Sepak

Berparti bersama Vardy

jamie-vardy.jpg
Jamie Vardy meneruskan kecemerlangannya sepanjang awal musim ini dengan menjaringkan dua gol ketika membantu Leicester City menewaskan Newcastle United 5-0 di Stadium King Power lewat malam tadi.

Bekas penyerang kebangsaan England itu menjaringkan gol dari sudut sukar untuk membenarkan tuan rumah berkelebihan dua jaringan dalam babak kedua sebelum menghasilkan satu gol lagi berselang 10 minit kemudian menerusi tandukannya untuk The Foxes merekodkan kemenangan terbesar mereka dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Dua jaringan itu menyaksikan Vardy merekodkan 14 gol daripada 17 penampilan liga utama England sejak Brendan Rodgers mengambil alih pasukan itu 3 Mac lalu.

Tiada pemain lain mampu melangkaui rekod itu sepanjang tempoh berkenaan dengan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang, dan penggempur Liverpool, Sadio Mane, muncul kedua terbaik dengan masing-masing menghasilkan 12 jaringan.

Sergio Aguero turut menemui sasaran sebanyak 11 kali buat Manchester City sepanjang tempoh itu, sama seperti rakan sepasukannya, Raheem Sterling.

Sebanyak 10 daripada jaringan Vardy itu terhasil di Stadium King Power -- hanya Mane (14 di Anfield) dan Aguero (12 di Stadium Etihad) telah menjaringkan lebih banyak gol di satu venue sepanjang tahun ini.

Rekod gol terbanyak Liga Perdana sejak 3 Mac 2019

14 - Jamie Vardy (Leicester City)
12 - Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal)
12 - Sadio Mane (Liverpool)
11 - Sergio Aguero (Manchester City)
11 - Raheem Sterling (Manchester City)
9 - Callum Wilson (Bournemouth)
9 - Mohamed Salah (Liverpool)
8 - Ayoze Perez (Newcastle United dan Leicester City)
7 - Ashley Barnes (Burnley)
7 - Tammy Abraham (Chelsea)

Advertisement

Must Watch Video