PIALA MALAYSIA

Bergson punya sentuhan, Syihan Hazmi dapat nama

Stadium Astro
Stadium Astro
03/11/2023
10:45 MYT
Sponsor Banner
Bergson punya sentuhan, Syihan Hazmi dapat nama
Johor Darul Ta'zim (JDT) selangkah lagi untuk mengulangi kejayaan 'quadruple" Liga Malaysia (Liga-M) berturut-turut cukup bergaya dengan agregat 12-2 yang dilakar Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Satu gol daripada Arif Aiman Hanapi dan Syafiq dan Fernando Forestieri selain dua jaringan sumbangan Bergon da Silva, Heberty dan Syafiq Ahmad menamatkan kejutan yang diimpikan Perak FC ke final Piala Malaysia.
Bagaimanapun ada perkara lain mencuri perhatian 'netizen' berikutan nama penjaga gawang, Syihan Hazmi Mohamed, muncul tercatat dengan dua gol yang dilakar pada minit ke-31 dan masa kecederaan.
Apa pun, sebenarnya bukanlah asing apabila seseorang penjaga gol itu muncul selaku penjaring kerana baru-baru ini penjaga gol Lazio, Ivan Provedel, menjadi wira pasukannya untuk mengikat Atletico Madrid 1-1 dalam masa kecederaan pertemuan Liga Juara-Juara (UCL).
Penjaga gol kebangsaan kelahiran Terengganu, Syamsuri Mustafa, pula melakukannya dalam situasi sepakan gol bertemu Vietnam dalam Sukan SEA 2003.
Namun, rekod dunia sentuhan penyudah oleh seorang penjaga gawang menjadi milik tonggak Cobresal, Leandro Requena, ketika pasukannya menang 3-1 ke atas Colo-Colo dalam Liga bola sepak utama Chile.
Ia dihasilkan dari jarak 101 meter yang seperti yang tercatat dalam Guinness World Records.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video