Skip to main content

Bola Sepak

Beraksi bersama Mbappe impian saya -- Beckham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

david-beckham-and-kylian-mbappe_.jpg
David Beckham berkata bermain bersama Kylian Mbappe 'merupakan satu impian' selepas bintang Paris Saint-Germain itu meledak gol ke-100 bersama kelab.

Pemain berusia 21 tahun itu, yang berhijrah ke PSG dari Monaco Ogos 2017, mencapai jaringan yang ke-100 ketika bertemu Montpellier semalam.

Bilangan tersebut hadir selepas Mbappe beraksi dalam 137 perlawanan dan lebih lagi bakal menyusul daripada pemenang Piala Dunia itu.

Beckham, yang menamatkan karier di PSG pada 2013, berharap masih lagi beraksi dan membantu Mbappe untuk mengejar rekod penjaring terbanyak kelab, Edinson Cavani (200)

Bekas kapten England itu melakukan dua assist daripada enam peluang yang dihasilkan dalam 10 perlawanan Ligue 1 (311 minit beraksi), tetapi Mbappe turut memperbaiki statistiknya sendiri.

"Sudah pasti saya masih mahu kembali menjadi pemain sekarang, kerana bermain dengan penyerang seperti Kylian pasti menjadi impian saya," kata pemiik Inter Miami, Beckham, kepada Telefoot.
 

"Hantar sahaja bola dia akan berusaha mendapatkannya."

Mbappe meledak satu gol dalam setiap 89 minit bersama PSG dalam Ligue 1, meledak 74 daripada 100 gol dalam pertandingan tersebut.

Advertisement

Must Watch Video