LALIGA
Benzema: Hazard akan jadi pembelian baik untuk Real Madrid
Karim Benzema menyokong potensi perpindahan Eden Hazard ke Real Madrid dengan mengatakan bintang Chelsea itu akan menjadi pembelian yang baik untuk juara Eropah itu.
Hazard dilaporkan muncul sebagai sasaran Madrid apabila dia terus menyinar untuk pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea, musim ini.
Pemain antarabangsa Belgium itu telah menjaringkan 14 gol dan membuat lima bantuan jaringan dalam liga dan penyerang Madrid, Benzema, akan mengalu-alukan kedatangannya di Santiago Bernabeu.
Iklan
"Dia (Hazard) adalah pemain yang bagus, apa yang boleh saya katakan?" kata Benzema kepada Telefoot.
"Saya tidak melihat khabar angin tetapi ia jelas bahawa dia akan menjadi pembelian yang baik."
Madrid kini berada di puncak LaLiga selepas bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 3-2 di Sporting Gijon, kelmarin.
Pemain antarabangsa Perancis berkenaan tidak beraksi dalam kunjungan itu, dengan Madrid kekal tiga mata di hadapan juara bertahan, Barcelona.
Must-Watch Video