Skip to main content

Bola Sepak

Bekas pemain Marcerra tuntut kerjasama KLFA

nordin.jpg
Bekas pemain Marcerra United kecewa dengan kegagalan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menjadi 'orang tengah' dalam menyelesaikan kemelut tunggakan gaji pasukan itu meskipun mereka mempunyai kontrak yang sah sebagai pemain profesional sebelum ini.

Nasib pemain daripada pasukan yang sudah ditutup, terpinggir dan tidak terbela apabila mereka buntu untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji mereka. 

Antaranya, barisan skuad Marcerra yang tidak menerima bayaran gaji daripada bekas majikan selama 11 bulan dari Januari hingga November 2018.

Berharap agar kemelut itu dapat diselesaikan menerusi geran yang diagihkan kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) selaku badan induk kelab Marcerra, ia bagaimanapun tidak menjadi kenyataan.

"FAM bertanggungjawab dalam membantu kami menyelesaikan tunggakan gaji kami ini.

"Tiada siapa yang boleh kami cari lagi untuk mendapatkan maklumat sementara pemilik kelab pula menghilangkan diri," kata bekas pemain Marcerra, Nordin Alias.

Menurut seorang lagi bekas tonggak pasukan itu, Syuhiran Zainal: "Marcerra merupakan kelab di bawah naungan KLFA dan saya berharap mereka akan turut serta dalam membantu menyelesaikan perkara ini."

Justeru, kedua-duanya akur jika mahkamah sivil menjadi pilihan terakhir kepada mereka untuk mengheret individu berkaitan ke muka pengadilan dalam menuntut hak masing-masing.

"Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pemilik Marcerra dan saya berharap beliau akan bertanggungjawab atas perkara ini," tambah Nordin lagi.

Advertisement

Must Watch Video