BUNDESLIGA
Bayern Munich tuntut Harry Kane tunai janji
Harry Kane telah "memberi isyarat jelas" mengenai keputusannya untuk meninggalkan Tottenham dan menyertai Bayern Munich, menurut Presiden Kehormat Bayern, Uli Hoeness.
Kane telah menarik minat daripada Bayern dengan laporan mengatakan juara Bundesliga itu telah membuat bidaan rasmi sambil Hoeness menegaskan Spurs akan tersepit untuk menjual kapten England tersebut sekiranya dia menepati janjinya untuk berhijrah.
“Harry Kane dengan jelas telah memberi isyarat mengenai keinginannya untuk berpindah dan jika dia berpegang kepada kata-katanya, maka kami pasti akan mendapatkannya kerana lambat-laun Tottenham terpaksa berganjak juga,” kata Hoeness kepada saluran TV Jerman Sport1.
Iklan
“Kane mahu bermain di peringkat antarabangsa dan nasib kami baik memandangkan Tottenham tidak akan aktif di peringkat antarabangsa tahun depan.

“Dia masih mempunyai satu lagi peluang untuk datang ke kelab terkemuka di Eropah ini.
“Setakat ini, ayah dan abangnya sentiasa berpegang janji. Jika ia kekal begitu, tidak mengapa.”
Penjaring terbanyak kelab London berusia 30 tahun itu kini berada di Australia dalam jelajah Asia-Pasifik pra-musim.
Must-Watch Video