Skip to main content

Bola Sepak

Bayaran hak penyiaran: Pengumuman akan dibuat pada waktu sesuai

kevin-ramalingam.jpg
"Setiap pasukan akan menerima imbuhan daripada hak penyiaran seperti yang disebut ahli lembaga pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan satu pengumuman akan dibuat pada waktu yang sesuai."

Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, apabila diajukan soalan sama ada bayaran tersebut akan disalurkan November depan.

Bulan November disebut sebagai tarikh akhir bayaran kedua hak penyiaraan itu selepas gagal dilaksanakan bulan lalu.

"Ahli lembaga yang lebih senior berbanding ketua pegawai eksekutif telah mengeluarkan kenyataan, saya fikir saya hanya mahu fokus terhadap apa yang ada di sini hari ini kerana saya tidak mahu berita yang dicetak esok akan mengeluarkan berita selain daripada apa yang berlaku hari ini.

"Saya fikir apa yang berlaku di sini amat besar dan saya tidak mahu relevan terhadap apa yang kami buat hari ini hilang.

"Saya rasa ada platform untuk kami mengeluarkan kenyataan mengenai geran dan bagaimana ia akan disalurkan.

"Tetapi hari ini, ia tentang e-sukan dan saya hanya mahu bercakap mengenai e-sukan," katanya ketika ditemui di Hotel Saujana hari ini.

Terdahulu, MFL turut meluaskan portfolio untuk menarik minat rakan kongsi baru dengan menganjurkan Kejohanan E-Piala Malaysia dengan mendapatkan kerjasama daripada lapan pasukan yang layak ke suku akhir Piala Malaysia edisi ini.

Advertisement

Must Watch Video