Skip to main content

Bola Sepak

'Bayar hutang itu tanggungjawab, kami sudah lama sabar'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kdn.jpg
'Kelab itu juga ada mengemukakan perjanjian pembayaran berkala yang akan dibuat oleh mereka. Pelesenan bagi 2024, mereka telah melengkapkan semuanya, jadi tunggakan gaji berkenaan mungkin pada 2025'

Itu penjelasan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia  (MFL), Mohd Shazly Shaik Mohd, berkenaan persoalan mengapa Kelantan Darul Naim (KDN) tetap diberikan Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super musim hadapan.

Malah, MFL menerusi First Instance Body (FIB) juga telah mengesahkan bahawa KDN FC tidak memiliki tunggakan gaji bagi pasukan utama Liga Super KDN setakat 31 Disember 2024

Pasukan pantai timur itu juga telah mengemukakan surat permohonan pelan bayaran ansuran kepada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan cop rasmi oleh kedua-dua agensi tersebut.

Namun, berita itu bukanlah perkara positif buat pemain mahupun barisan kejurulatihan yang terpaksa menunggu lama untuk segalanya selesai. 

Baru-baru ini, terdapat khabar angin mengatakan KDN berkemungkinan berbelanja besar untuk memperkuat pasukan menggunakan khidmat 10 import sebagai satu kelab yang mampu memberi saingan. 

Kenyataan tersebut mengundang kekecewaan pemain yang berpandangan supaya segala tunggakan wajar diselesaikan terlebih dahulu berbanding persiapan pasukan seperti pembelian tenaga mahir.

Bintang Harimau Malaya, Fazrul Amir Md Zaman, menyatakan pendiriannya meminta pihak pengurusan supaya mengingati tanggungjawab terhadap hak pemain. 


Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video