Jurulatih Argentina, Edgardo Bauza, mendapat sokongan daripada Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) untuk terus mengendalikan skuad Albiceleste buat masa ini, kata presidennya, Claudio Tapia.
Bauza berada di bawah tekanan hebat untuk menerajui gergasi Amerika Selatan itu yang sedang bergelut di tangga kelima dalam sesi kelayakan Piala Dunia zon CONMEBOL.
Argentina hanya menang enam daripada 14 perlawanan untuk menduduki slot play-off dengan baki empat perlawanan.
Begitupun, presiden AFA yang baru dipilih itu berkata khidmat Bauza masih dikekalkan walaupun khabar angin menyatakan dia akan dipecat berikutan kekalahan 2-0 kepada Bolivia.
"Dia adalah jurulatih yang mempunyai tugas bersama pasukan kebangsaan. Dia masih mempunyai kontrak," kata Tapia.
"Kami perlu terus bekerja, mendapatkan keserasian antara satu sama lain."
Beliau menambah: "Bauza adalah jurulatih yang sangat bagus dan saya tidak boleh membayangkan calon lain lagi. Saya adalah Presiden AFA...
"Dia masih terikat dengan kontrak."
Argentina bersedia untuk menghadapi Brazil dalam perlawanan persahabatan di Australia pada Jun nanti sebelum menyambung aksi kelayakan menentang Uruguay dan Venezuela pada Ogos dan September.