Keberkesanan barisan pertahanan T-Team mengekang asakan pasukan lawan jelas menyumbang kepada kemenangan 3-0 pasukan tuan rumah itu ke atas Perak dalam aksi Liga Superdi Kuala Terengganu, malam tadi.
Menurut ketua jurulatihnya, Rahmad Darmawan, peningkatan prestasi pasukannya bukan kebetulan memandangkan kubu mereka juga berjaya mengelak daripada dibolosi sejak tiga perlawanan lalu.
“Organisasi pertahanan yang ditampilkan sangat baik sehingga menyebabkan pasukan lawan hilang arah dan ketandusan idea.
“Malah peluang Perak untuk menguji pintu gol kami cukup terhad dengan hanya melakukan percubaan dari jarak jauh sahaja.
“Pemain-pemain berjaya mengumpan mereka menyerang dan dengan pertahanan yang jitu, kami berhasil mencipta dua gol melalui dua serangan balas,” ujarnya.
Kemenangan ketiga berturut-turut ini, menurut Rahmad lagi, bukan tiket untuk mereka terus berasa selesa, sebaliknya berpendapat masih ada ruang yang harus diperbaiki pasukannya.
Katanya, T-Team gagal beraksi dengan rentak sebenar dalam babak pertama dan terikut-ikut dengan tempo pasukan lawan.
“Kami seolah-olah tidak berani untuk membuat hantaran sehingga sering kali kehilangan bola di kawasan tengah
“Perubahan berjaya dihasilkan dalam 45 minit kedua dengan permainan yang lebih tersusun,” tambah ketua jurulatih dari Indonesia itu lagi.