Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona tidak terlalu hebat tanpa Messi — Calleja

lionelmessi-cropped_1a6ly0c41r6es1i30j4889cu2d.jpg
Barcelona tidak terlalu hebat buat Villareal selepas Lionel Messi keluar, kata Javi Calleja.

Messi membarisi kesebelasan utama buat kali pertama musim ini susulan kecederaan betis tetapi mengalami kesakitan di permulaan aksi awal pagi tadi sebelum digantikan Ousmane Dembele sebelum rehat.

Bintang Argentina itu membantu Antoine Griezmann membuka tirai jaringan sambil rembatan kencang Arthur dari luar petak penalti menggandakan kelebihan buat Barca.

Santi Cazorla merapatkan jurang sebelum rehat menerusi percubaan yang mengelirukan Marc-Andre Ter Stegen tetapi skuad kendalian Ernesto Valverde itu tetap berupaya mencatat kemenangan 2-1, sekali gus bangkit daripada kekalahan 2-0 di tangan Granada, Sabtu lalu.

“Messi beraksi dalam babak pertama. Seluruh pasukan berupaya mengekangnya. Namun, apabila berada di atas padang, dia memberikan perbezaan walaupun tidak cergas sepenuhnya,” kata pengendali Villareal, Calleja.

“Tanpa Messi, mereka tidak begitu hebat, itu adalah buktinya dan kami tahu bagaimana mengekang mereka. Kami gagal mencipta banyak ancaman atau bertahan dengan lebih baik di permulaan.

“Kami kecewa dengan kekalahan tetapi gembira dengan apa yang dilakukan.”

Ansu Fati menggantikan Luis Suarez ketika aksi berbaki 12 minit dan hampir mengesahkan kemenangan sebelum rayuan untuk mendapatkan sepakan penalti ditolak susulan rujukan video bantuan pengadil (VAR).

“Saya teruja. Dia melakukan semua perkara dengan betul,” tambah Calleja.

“Dia memiliki kualiti yang hebat dan tidak terbeban dengan tanggungjawab yang diberikan. Untuk peminat bola sepak, dia menghiburkan untuk disaksikan.”
 

Advertisement

Must Watch Video