Skip to main content

Bola Sepak

Barca perlu tundukkan Real Madrid di Bernabeu -- Iniesta

iniesta.jpg
Bintang Barcelona, Andres Iniesta, percaya pasukannya perlu menang ke atas Real Madrid pada hujung bulan ini untuk mempunyai peluang merangkul gelaran LaLiga.

Skuad bimbingan Luis Enrique itu merakam kemenangan selesa 3-0 ke atas Sevilla pada awal pagi tadi, namun kekal dua mata di belakang musuh ketat mereka itu. 

Madrid juga mempunyai kelebihan satu perlawanan dan Iniesta berkata, kemenangan di Santiago Bernabeu pada 23 April nanti adalah apa yang Barca perlukan. 

"Kami tewas kepada Deportivo dan mereka seri dengan Las Palmas di laman sendiri," kata kapten Barca itu kepada Marca.

"Jika kami ingin menghidupkan peluang untuk memenangi liga, kami mungkin perlu mengalahkan mereka di Bernabeu."

Lionel Messi menjaringkan dua gol selepas gol pembukaan Luis Suarez ke atas Sevilla -- yang bermain dengan 10 orang -- selepas memperagakan aksi mengagumkan dalam separuh pertama di Camp Nou.

Iniesta, yang hanya membuat sembilan penampilan liga dalam kesebelasan utama musim ini, berharap dia dapat menamatkan kempen kali ini dengan bergaya.

"Detik buruk telah berlalu dan saya gembira dengan pasukan dan diri sendiri," katanya.

"Musim ini sedikit pelik kerana beberapa perkara tetapi yang penting adalah pada ketika ini. Saya harap dapat bermain seperti ini dalam baki permainan yang tinggal."

Advertisement

Must Watch Video