Skip to main content

Bola Sepak

Banega kembali ke Ramon Sanchez Pizjuan

ever-banega_e1vp9py5g6q2139yq7wmriclg.jpg
Sevilla mengesahkan perjanjian telah dimeterai dengan kelab Itali, Internazionale, bagi mendapatkan kembali pemain tengah, Ever Banega.

Pemain antarabangsa Argentina itu bakal menandatangani kontrak tiga tahun untuk kembali ke Ramon Sanchez Pizjuan.

Pengendali baharu Inter, Luciano Spaletti, telah membenarkan Banega untuk meninggalkan Itali meskipun pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan enam gol dalam 20 penampilan Serie A musim lalu.

Ejen Banega, Marcelo Simian, sebelum ini telah pun memaklumkan kepada Estadio Deportivo bahawa perjanjian itu semakin hampir untuk diselesaikan.

Sementara itu, Sevilla turut difahamkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Inter, Stevan Jovetic, secara tetap musim depan selepas meminjam pemain itu bagi tempoh enam bulan musim lalu.

Pemain sayap, Jesus Navas -- yang berkhidmat selama empat tahun bersama Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris-- turut dikhabarkan bakal kembali ke Sevilla.

Advertisement

Must Watch Video