Zinedine Zidane enggan berbincang mengenai layangan dua kad kuning kepada Gareth Bale ketika berdepan Villarreal, sebaliknya memberikan tumpuan kepada persembahan bintang Wales itu yang meledak dua gol ketika seri 2-2 dalam saingan LaLiga.
Bale mengharungi saat sukar di Real, bermula daripada hubungan tegang dengan ketua jurulatih Zidane, kritikan penyokong dan gagal berpindah ke kelab Liga Super China, Jiangsu Suning.
Tetapi selepas kekal di Madrid, Bale memulakan musim dengan baik dan menjaringkan gol buat kali pertama sejak Mac lalu apabila meledak kedua-dua gol buat Real untuk berkongsi mata di Estadio de la Ceramica semalam.
Jaringan kedua Bale hadir empat minit sebelum perlawanan berakhir, namun dia terpaksa meninggalkan padang apabila dilayangkan kad kuning kedua dalam masa kecederaan.
Zidane, bagaimanapun, enggan memberikan tumpuan di atas kesalahan yang dilakukan oleh Bale itu.
"Dua kesalahan dan dua layangan kad kuning," kata Zidane.
"Tumpuan Bale kini terarah kepada saingan antarabangsa bersama Wales.
"Saya gembira di antara jaringan yang dihasilkannya dan kami perlu meneruskan saingan secara positif," ujarnya.
Kapten Real, Sergio Ramos, melakukan kesilapan dan dihukum dengan jaringan pertama Villarreal yang disempurnakan oleh Gerard Moreno.
Zidane, bagaimanapun, mengakui skuad bimbingannya mampu bermain dengan lebih baik dan kekal yakin mereka dapat menampilkan aksi lebih cemerlang.
"Pada permulaan permainan, ia amat sukar kerana lawan kami memberikan tekanan.
"Tetapi selepas 30 minit, kami berjaya mengatasi lawan dan menjaringkan gol penyamaan.
"Kami mengawal permainan tetapi dibolosi menerusi kesilapan yang dilakukan. Kami perlu memperbaiki setiap kekurangan. Tidak tewas dalam perlawanan ini amat penting bagi pasukan."