ATLETICO MADRID 1 REAL SOCIEDAD 0
Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, tenang mengenai masa depan Theo Hernandez selepas dikaitkan dengan musuh tradisi, Real Madrid, yang berminat ke atas pemain pertahanan kiri itu.
Pemain bawah 20 tahun Perancis itu dipinjamkan selama semusim dari Alaves, di mana dia telah membuat 24 penampilan LaLiga dan mencipta empat peluang gol.
Hernandez, 19 -- abangnya juga bermain di Atletico -- telah melanjutkan kontraknya bersama Alaves sehingga 2021, namun Marca melaporkan Real Madrid bersedia untuk menebus kontraknya yang bernilai EUR24 juta.
Bercakap selepas kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Real Sociedad, awal pagi tadi -- Filipe Luis muncul wira apabila menghasilkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-28, kini sedang beraksi di posisi kegemaran Hernandez -- Simeone gembira dengan kemajuan pemain muda itu di tengah-tengah spekulasi terbaru ini menjelang pertemuan 'derby' di Santiago Bernabeu, hujung minggu ini.
"Saya sentiasa mahukan pemain saya menjadi yang terbaik," katanya.
"Apabila musim berakhir, kita sentiasa tertarik dengan perkara-perkara seumpamanya.
"Saya bercakap dengan Theo lebih kurang sebulan yang lalu. Kami tahu apa yang kami bincangkan.
"Saya amat gembira dengan perkembangannya."
Simeone mengucapkan terima kasih kepada penyokong di Vicente Calderon selepas pasukannya berjaya menjarakkan diri dengan tiga mata di atas Sevilla yang berada di tempat keempat setelah bermain lebih satu perlawanan berbanding pasukan kendalian Jorge Sampaoli itu.
"Kami memerlukan sokongan pada penghujung perlawanan dan berasa memiliki kelebihan seorang lagi pemain," katanya susulan kemenangan kelima berturut-turut yang diraih.
"Dengan peminat seperti itu, Calderon adalah menakjubkan."
Jurulatih Sociedad, Eusebio Sacristan, kini mendapati pasukannya berada di luar slot Eropah apabila berada di kedudukan ketujuh dengan baki lapan perlawanan.
Eusebio tidak senang dengan corak kasar Atleti ekoran persembahannya pasukannya semakin merosot apabila sekadar meraih satu mata hasil daripada empat perlawanan terakhir.
"Kami perlu kembali ke tahap terbaik dengan segera," katanya.
"Ini adalah sukar buat kami sebagai sebuah pasukan yang suka memegang bola dan berhadapan dengan sebuah pasukan yang gemar melakukan kekasaran, namun satu kad kuning pun tidak diberikan."