Diego Simeone percaya Atletico Madrid layak dianggap sebaris pasukan elit Eropah selepas mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun di bawah kepimpinannya.
Finalis musim lalu itu menempah tiket ke separuh akhir apabila mencatat keputusan 1-1 di Leicester City menerusi gol Saul dan Jamie Vardy pada awal pagi tadi, untuk mara dengan agregat 2-1.
Simeone memuji semangat kompetitif pasukannya dan mencadangkan andai Atletico Madrid lebih kaya, mereka akan berada di tahap yang sama seperti pesaing Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid, serta Bayern Munich.
"Apabila anda bercakap tentang pasukan ulung Eropah, anda perlu mengambil kira soal ekonomi dan kewangan," kata Simeone kepada pemberita. "Bayern Munich, Barcelona dan Real Madrid adalah pasukan ulung.
"Tetapi dari sudut kesukanan, kami adalah kompetitif. Apabila saya mengatakan kami tidak berada di kalangan pasukan ulung, apa saya yang maksudkan adalah bukan dalam erti kesukanan.
"Ia pencapaian yang besar untuk layak ke separuh akhir buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun. Mengimbas kembali pada hari pertama saya tiba di kelab ini, saya berkata keinginan saya adalah untuk menjadikan Atletico Madrid kompetitif terhadap setiap pasukan yang kami tentang. Adalah memuaskan untuk mengatakan bahawa kami kini adalah kompetitif.
"Buat pertama sekali, saya berasa penuh dengan emosi. Saya sangat berbangga dengan prestasi pasukan ini yang penuh dengan harapan dan keseronokan kerana dapat meneruskan kemaraan.
"Lawan kami, Leicester, memberikan saingan sengit. Ia merupakan satu keseronokan untuk bersaing dengan mereka. Mereka tidak pernah berputus asa. Kami hidup dalam ketakutan sepanjang malam dan mereka memberi tekanan sepanjang masa."
Atletico Madrid turut membayar harga mahal terhadap kemenangan mereka apabila Filipe Luis mengalami kecederaan tangan dan Juanfran pula menderita masalah pangkal paha kanannya yang memaksa Simeone mengeluarkan dua pemain pertahanannya, tindakan itu sebaliknya menjadikan permainan mereka di bahagian benteng.
"Kami berjaya mencorak semula permainan kami. Kami terlibat dalam keadaan yang sukar," kata Simeone. "(Jose) Gimenez bermain di tengah-tengah bahagian tengah di mana orang tidak akan menjangkakannya. Kami bermain dengan cara di mana perlawanan ini perlu dilaksanakan. Kami sentiasa tampil dengan penyelesaian.
"Saya tidak suka memuji terlalu banyak, namun pada hari ini kami bertindak balas dan bermain dengan cara yang kami perlukan.
"Pertukaran yang dibuat pengurus Leicester (Craig Shakespeare) sangat hebat. Mereka benar-benar berubah pada separuh kedua walaupun kami memiliki peluang menerusi (Antoine) Griezmann dan (Yannick) Carrasco untuk membunuh permainan.
"Apa yang Leicester lakukan cukup baik. Mereka mengetengahkan tiga pemain pertahanan dan memberi tumpuan kepada pemain sayap untuk melancarkan hantaran lintang.
"(Leonardo) Ulloa melaksanakan tugas penting di kawasan itu. Pertahanan saya akhirnya lebih berkesan untuk mematahkan ancaman Leicester berbanding pada awal permainan.
"Malam ini, kami telah menonton permainan yang hebat. Apa sahaja yang kami perkatakan sebelum perlawanan, kedua-dua pasukan telah menghidupkannya.
"Leicester telah berjuang sehabis baik, kami juga. Kedua-dua pasukan mengambil risiko.
"Dari segi kemaraan, kami akan terus cuba dan mencuba lagi serta berjuang tinggi dan terus berjuang."