Penjaga gol muda PKNP FC, Ahmad Asyraaf Omar mecuri tumpuan dengan aksi menakjubkan di Stadium Perak, Ipoh apabila berjaya mempertahankan gawangnya daripada dibolosi Kedah selepas menyelamatkan sekurang-kurangnya sembilan percubaan berbahaya lawan.
Selepas bolos enam kali dalam suku akhir pertama, Ahmad Asyraaf bangkit daripada kehampaan memastikan PKNP tidak tewas lagi di tangan skuad Lang Merah.
Prestasi penjaga gol berusia 23 tahun ini layak mendapat pujian kerana tidak gugup berdepan kualiti dimiliki skuad kendalian Tan Cheng Hoe.
Jelas Asyraaf, dia mahu membalas kepercayaan yang diberikan jurulatih, Abu Bakar Fadzim, yang masih memberi peluang buat dirinya beraksi dalam kesebelasan utama.
"Itulah salah satu sebabnya walaupun saya baru lagi beraksi dalam Liga Perdana dan Piala FA. Saya tidak memikirkan perkara lain selain memberikan yang terbaik," kata Asyraaf.
Dia berharap kejayaan melangkah ke suku akhir Piala FA musim ini mampu memberi suntikan motivasi yang mereka ada kemampuan merebut dua slot ke Liga Super 2018.
Jelasnya, PKNP kini perlu konsisten, tambahan mereka kini berada di tangga kedua Liga Perdana selepas 10 perlawanan.
"Walaupun kami tidak layak ke peringkat seterusnya, Alhamdulillah kami dapat mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri. Saya berharap kami akan layak ke Liga Super," tambahnya.