Skip to main content

Bola Sepak

Asyraaf bantu PKNP teruskan perjuangan dalam Piala FA

150217-penjaga-gol-pknp-ahmad-asyraaf-omar.jpg
Penjaga gol, Ahmad Asyraaf Omar, menafikan sepakan pemain The Red Warriors (TRW), Margono Gomis, Mohammad Ghaddar dan Daudsu Jamaludin, untuk memastikan PKNP FC layak ke pusingan ketiga Piala FA dengan menyingkirkan Kelantan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah seri 1-1 dalam masa sebenar permainan di Stadium Perak, malam tadi. 

Jangkaan Kelantan akan mudah menjinakkan tuan rumah meleset apabila barisan muda PKNP beraksi cemerlang.

Bagi Asyraaf, kegagalan dua sepakan awal G. Mugenthirran dan Mohd Fazli Zulkifli menguatkan lagi azamnya membantu pasukan.

"Saya tidak fikir apa-apa, cuma fokus kepada permainan. 

"Apa yang difikirkan adalah tanggungjawab sebagai penjaga gol untuk memastikan bola tidak menerjah jaring, tidak kira siapa yang mengambil sepakan," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, jelas gembira dengan dedikasi yang dipamerkan oleh anak buahnya.

"Bersyukur. Barisan muda saya bermain cemerlang apabila berhadapan dengan pasukan lebih senior (Kelantan). 

"Melalui pengalaman saya, jika perlawanan melibatkan kalah mati dan ada penentuan sepakan penalti, saya pasti pemain-pemain saya tidak akan ambil mudah," ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video