Mikel Arteta menyalahkan barisan pemain Arsenal yang gagal menyempurnakan jaringan ketika tewas kepada Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Jaringan daripada Son Heung-min dan Harry Kane memberikan skuad kendalian Jose Mourinho itu menang 2-0 semalam.
Pierre-Emerick Aubameyang gagal merekodkan sebarang percubaan ke arah lawan sementara gandingannya, Alexandre Lacazette, sekadar meraih dua.
Walaupun Arsenal mengawal permainaan -- 69.2 peratus ke atas Tottenham -- dan melakukan hantaran silang paling banyak (32) sejak Februari 2016.
Ia merupakan musim yang paling sukar buat Aubameyang dan Lacazette, yang sekadar menyumbat lima gol dala saingan EPL musim ini.
Sementara Kane dan Son telah meledak 18 gol dan 13 assist dan mereka sekali lagi melakukannya dalam perlawanan ini.
"Berdasarkan statistik, ia memihak kami, tetapi pada penghujungnya bola perlu disumbang ke dalam jaring," kata Arteta.
"Kami memiliki peluang, kami telah menghasilkannya lebih berbanding sebelum ini. Namun kami perlu memastikan bola menembusi gawang lawan. Untuk membina sesuatu, anda memerlukan keputusan.
"Saya mengambil positif di sebalik gaya kami bermain. Pemain-pemain telah mempamerkan semangat, berani dan tenaga dalam perlawanan ini.
"Pada penghujungnya, ini merupakan perlawanan bola sepak dan anda perlu memenanginya, dan kami tewas sekali lagi."

32 - Arsenal attempted 32 open play crosses in their 2-0 defeat to Spurs, their most in a single Premier League match since February 2016 vs Leicester (36), and most away from home since March 2011 vs WBA (also 32). Maths.
— OptaJoe (@OptaJoe) December 6, 2020