CRYSTAL PALACE 3 ARSENAL 0
Theo Walcott mengakui pemain-pemain Arsenal tidak berada di tahap terbaik ketika tewas 3-0 kepada Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Jaringan Andros Townsend, Yohan Cabaye dan Luka Milivojevic memaksa Arsenal menerima kekalahan keempat berturut-turut di laman lawan buat The Gunners.
Penjaga gol The Eagles, Wayne Hennessey, mengharungi malam yang mudah apabila Arsenal gagal melakukan walaupun satu percubaan tepat ke arah pintu gol lawan pada separuh masa kedua.
Keputusan akhir perlawanan ini ternyata membuat penyokong Arsenal berang dan Walcott mengakui mereka gagal mempamerkan aksi terbaik.
"Kekalahan ini ternyata mengecewakan penyokong-penyokong kami," kata Walcott.
"Ini bukan malam kami. Kami sangat kecewa dengan persembahan kami. Kami perlu bangkit.
"Kami menjangkakan mampu bangkit selepas seri dengan Manchester City dan menewaskan West Ham. Tetapi apa yang berlaku di luar jangkaan kami.
"Arsenal tidak mahu tewas dalam perlawanan ini, kami telah mencuba yang terbaik."
Kekalahan ini meletakkan Arsenal ketinggalan tujuh mata kepada penghuni tangga keempat, Manchester City, sekaligus menjejaskan peluang mereka untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL), musim hadapan.