SEPANYOL 6 ARGENTINA 1
Skuad Argentina kendalian Jorge Sampaoli berdepan tugas berat untuk mempersiapkan diri ke Piala Dunia 2018 yang bakal membuka tirai kurang tiga bulan lagi selepas dibelasah teruk 6-1 oleh Sepanyol dalam aksi persahabatan di Estadio Wanda Metropolitano, awal pagi tadi.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada 8 September 2010, yang menyaksikan Argentina ketika itu mudah menjinakkan skuad La Roja 4-1.
Bagaimanapun, pertemuan awal pagi tadi menyaksikan Sepanyol bimbingan Julen Lopetegui bermula garang apabila mendahului 2-0 dalam 30 minit pertama.
Situasi kelam-kabut di depan gawang Argentina pantas dihukum Marco Asensio yang bijak melorongkan bola buat Diego Costa, sebelum penyerang Atletico Madrid itu menewaskan Sergio Romero pada minit ke-12. Asensio sekali lagi bertindak cemerlang pada minit ke-27, kali ini untuk membuka ruang buat Isco melebarkan kedudukan 2-0 buat Sepanyol.
Tersentak dengan dua gol lawan, Argentina cuba memperkemaskan permainan.
Sepakan sudut dari sebelah kiri oleh Ever Banega dihidu dengan cepat oleh pertahanan, Nicolas Otamendi, yang melonjakkan diri untuk menanduk bola masuk bagi merapatkan jurang buat Argentina ketika babak pertama berbaki enam minit.
Bersambung babak kedua, Isco hanya memerlukan tujuh minit untuk menambah gol peribadi kedua hasil daripada larian deras Iago Aspas, sebelum pemain Celta Vigo itu memberikan ruang buat bintang Real Madrid itu menjadikan kedudukan 3-1 dan Thiago Alcantara menambah gol keempat, tiga minit kemudian.
Eksperimen pemain yang dilakukan oleh Sampaoli tampak diteruskan apabila memasukkan Lautaro Martinez, Pablo Perez serta Gabriel Mercado walaupun ketinggalan tiga gol.
Sebaliknya, anak-anak buah Lopetegui terus mengganas apabila Aspas mengambil giliran untuk meletakkan nama dalam senarai penjaring pada minit ke-73 selepas mengutip bola tendangan jarak jauh penjaga gol, David De Gea, sebelum Isco melengkapkan malam gemilang dengan catatan hatrik, menjadikan kedudukan 6-1, seminit kemudian.
Kedudukan 6-1 kekal sehingga wisel penamat, sekaligus memberikan Sampoli tugas besar dalam menyiapkan pasukan menjelang aksi di Russia, kurang tiga bulan lagi.