LIGA INGGERIS
Arbeloa sambut baik pemecatan Bilic
Bekas pemain pertahanan West Ham, Alvaro Arbeloa, membidas Slaven Bilic selepas pengurus dari Croatia itu dipecat kelab berkenaan, malam tadi.
The Hammers mengumumkan tindakan itu susulan kekalahan 4-1 kepada Liverpool di tempat sendiri.
Arbeloa merakamkan ulasan mengenai pemecatan itu menerusi laman sosial, Twitter, dengan berkata: "Lebih baik terlewat daripada langsung tidak melakukannya."
Iklan
Arbeloa, yang tiba di West Ham pada Ogos 2016 dengan kontrak selama setahun, bagaimanapun hanya tampil dalam tiga aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah bimbingan Bilic.
Bekas tonggak Real Madrid dan Sepanyol itu -- yang memenangi Kejohanan Eropah dan Piala Dunia -- mengumumkan persaraannya sejurus kontraknya di London berakhir.
Must-Watch Video