T-Team merobek-robekkan rekod bersih Kedah apabila menjadikan Lang Merah mangsa belasahan 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.
Nor Hakim Hassan mencetak hatrik buat pasukan bimbingan Rahmad Darmawan itu dan dua gol lagi disumbangkan oleh Dilshod Sharofetdinov dan Mamadou Samassa.
Kegagalan Rizal Ghazali mengawal perasaan pada minit ke-31 membawa padah buat pelawat apabila pemain pertahanan itu dibuang padang kerana bertindak balas di atas terjahan yang dilakukan oleh pemain The Titans, Fakhrurrazi Musa, tatkala pasukannya berusaha memburu gol penyamaan.
T-Team mendahului perlawanan menerusi Sharofetdinov ketika permainan baru berusia 10 minit.
Situasi itu memberi ruang buat T-Team memasang perangkap ekoran usaha Kedah cuba meletak tinggi barisan bentengnya sehingga dibolosi dengan dua gol lagi sebelum babak pertama berakhir.
Walaupun cuba bangkit pada 45 minit seterusnya dengan mengatur beberapa gerakan berbahaya, gawang Kedah terus dibolosi menerusi dua gol pantas Nor Hakim pada minit ke-60 dan 64.
Di Kuantan, Pahang berjaya mengelak kekalahan, dua minit sebelum permainan berakhir, apabila mengikat Selangor 2-2.
Tok Gajah dua kali dipaksa mengejar kedudukan selepas membenarkan Selangor menyumbat gol pada minit keenam akibat kelekaan di bahagian pertahanan yang lantas dihukum Juliano Mineiro.
Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila ketua pasukan Pahang, Matthew Davies, menolak masuk sebagai menyudahkan satu sepakan sudut, lima minit kemudian.
Red Giants kembali di depan berikutan kekasaran Faisal Rosli terhadap Victoras Astafei, dengan Francis Forkey Doe menyudahkan sepakan penalti yan diberikan.
Begitupun, juara 2004 itu tidak mudah berputus asa dan akhirnya, Faisal menebus kesilapan awalnya dengan menjaringkan gol penyamaan dengan satu sepakan libas untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid.
Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), terus mengukuhkan kedudukan di puncak apabila menang tipis 2-1 ke atas PKNS FC.
Gol kemenangan JDT hadir menerusi sepakan penalti Safiq Rahim pada minit ke-56, selepas tuan rumah dikejutkan dengan jaringan Bobby Gonzales pada separuh masa pertama, tetapi berselang dua minit, Matias Hadwa pula menjaringkan gol sendiri.
KEPUTUSAN PENUH:
T-TEAM 5 KEDAH 0
PAHANG 2 SELANGOR 2
SARAWAK 3 PERAK 3
PULAU PINANG 1 KELANTAN 5
MELAKA UNITED 1 FELDA UNITED 1
JDT 2 PKNS 1
Kredit imej: T-Team FC