Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Football League (MFL), Datuk Zainal Abidin Hassan, mendefinasikan pengurangan kuota pemain asing daripada tujuh kepada enam pemain di atas padang dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim depan sebagai peluang terbaik yang perlu direbut pemain tempatan.
Bilangan minimal satu kuota juga perlu diangap sebagai ruang yang cukup besar jika pemain tempatan mahu memartabatkan kelibat mereka sebagai watak penting dalam pasukan.
"Perubahan MFL ini membolehkan pemain tempatan mendapat tempat.
"Mereka akan nampak masih ada peluang.
"Suatu ketika kami, akan cuma perundangan walaupun lebih ramai pemain import dibenarkan didaftarkan tapi kami mesti ada garis panduan bahawa (pemain import itu) haruslah lebih balik daripada pemain tempatan.
"Walaupun perubahan satu sahaja (kuota) pemain import, ini satu peluang yang amat berharga untuk pemain tempatan mengisi kekosongan ini," katanya.
Namun, lain pula nada bekas Ahli Lembaga Pengarah MFL, Tan Sri Annuar Musa, yang menyifatkan keputusan pada saat-saat akhir MFL ganggu rencana awal pasukan.
"Apa pun yang diputuskan penganjur, ia harus dihormati.
"Cuma kalau boleh pada masa akan datang, elakkan buat keputusan (tidak menentu) sebab ia sudah diumumkan secara rasmi, (sedangkan) kelab sudah menandatangani pemain.
"Ia melibatkan formasi asal pasukan. Ia boleh menjejaskan (perancangan kelab)," katanya.