Tonggak pertahanan PKNS FC, Amiridzwan Taj Tajuddin, mengakui sedia kembali membarisi kesebelasan utama pasukan bagi pertemuan Liga Super menentang Sarawak malam esok.
Amiridzwan adalah antara muka baru skuad Semut Merah musim ini.
Bagaimanapun, kemampuannya belum teruji susulan ditimpa kecederaan ketika diturunkan dalam aksi pertama menentang Felda United, bulan lalu.
Sehubungan itu, dia terpaksa berehat beberapa minggu dan bekas pertahanan Kelantan itu kini sudah pulih daripada kecederaannya untuk kembali digandingkan bersama Gonzalo Soto di benteng.
"Semakin hari, kecergasan saya semakin baik. Mungkin saya akan bermain (menentang Sarawak), itu pun bergantung kepada taktikal pasukan," katanya.
Sementara itu, pemain tengah, K. Gurusamy, mengakui PKNS perlu tampil berwaspada ketika berdepan bekas pasukannya itu sambil menganggap lawan memiliki kekuatan menerusi kelibat pemain muda.
"Sarawak sebuah pasukan bagus yang dibarisi pemain-pemain muda. Ada beberapa pemain yang saya kenal memiliki aspek kepantasan.
"Apa yang penting, kami melaksanakan strategi yang diterapkan," katanya.