Skip to main content

Bola Sepak

Amiridzwan mahu padam kekecewaan lalu

amiridzwan-taj_1.jpg
Pertahanan Kelantan, Amiridzwan Taj Tajuddin, bertekad menebus kesilapan dalam perlawanan pertama menentang Melaka United menerusi aksi lebih ampuh untuk membantu The Red Warriors meraih kemenangan dalam pertemuan 'derby' Pantai Timur dengan Terengganu, esok. 

Kelantan tumbang 2-1 di Stadium Hang Jebat ekoran kawalan longgar di bahagian pertahanan sambil Amiridzwan sedar tindakannya menghadiahkan penalti membawa kepada jaringan kemenangan oleh Jeon Woo-young pada minit ke-31.

Justeru, dia tidak rela igauan ngeri itu berterusan.

"Saya akui gol Melaka itu adalah kesilapan saya kerana memberikan penalti kepada pasukan lawan. 

"Mungkin ia hari yang kurang baik buat saya, Insya-Allah saya cuba memberikan persembahan sebenar," katanya. 

Berdasarkan tinjauan Nadi Arena di Kota Bharu hari ini, skuad bimbingan Sathit Bensoh itu dijangka melakukan beberapa rombakan dengan lebih ramai pemain muda akan diberi peluang.

 

Advertisement

Must Watch Video