Skip to main content

Bola Sepak

Allardyce puji persembahan The Eagles

crystal-palace-manager-sam-allardyce.jpg
Sam Allardcye memuji keazaman dan kadar kerja yang dihasilkan oleh skuad kendaliannya apabila Crystal Palace merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Arsenal di laman sendiri, sekaligus melebihi enam mata daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Palace telah memenangi lima daripada enam perlawanan untuk mengukuhkan kedudukan mereka bagi mengelak daripada penyingkiran, dengan prestasi cemerlang The Eagles ini bermula dengan kemenangan ke atas Chelsea di Stamford Bridge, 1 April lalu.

Andros Townsend membuka jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-18. Yohan Cabaye menggandakan jaringan sebelum Luka Milivojevic menyudahkan sepakan penalti bagi memastikan tiga mata diraih di Selhurst Park.

"Saya berasakan kami menyudahkan setiap peluang untuk menjaringkan gol dan pemain-pemain berjaya membaca setiap gerakan Arsenal," kata Allardyce kepada Sky Sports. 

"Perkara pertama adalah kami perlu bertahan dengan cara yang betul dan mengecewakan pasukan lawan.

"Kadar kerja dan keazaman pemain-pemain dalam perlawanan ini berjaya memberikan kemenangan kepada kami."

Walaupun Palace kini berada di zon selamat dengan kelebihan enam mata daripada zon penyingkiran, Allardyce memberikan amaran kepada pemain-pemain bahawa mereka masih belum boleh menarik nafas lega dan perlu terus mencari kemenangan dalam perlawanan berikut berdepan Leicester City.

"Kami akan bertemu The Foxes minggu hadapan dan mahu meraih tiga mata penuh dan menjauhkan lagi kedudukan daripada zon penyingkiran. 

"Kemenangan ke atas Chelsea dan Arsenal memberikan kami keyakinan untuk memburu kemenangan dalam baki saingan musim ini."

Advertisement

Must Watch Video