Trent Alexander-Arnold berharap dapat menjadi contoh kepada pemain Liverpool bagi generasi akan datang selepas menempa nama menerusi akademi kelab itu.
Daripada pemain yang diberi peluang pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), pemain tempatan Merseyside itu kini merupakan tonggak skuad Piala Dunia selain meraih kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL) dalam tempoh kurang daripada tiga tahun.
Perkembangan pesatnya akan memberi harapan kepada pemain muda seperti Rhian Brewster dan Harry Wilson memandangkan Jurgen Klopp gemar memberi peluang kepada pemain muda untuk diletakkan sebagai pemain simpanan.
Liverpool tidak berbelanja besar berbanding perpindahan sebelum ini dan lebih kerap mengetengahkan pemain remaja, justeru Alexander-Arnold mahu memainkan peranan kepada rakan-rakan mudanya yang lain.
"Saya sedar saya mempunyai tanggungjawab terhadap pemain muda," kata pertahanan kanan England itu kepada laman sesawang kelabnya.
"Saya cuba pastikan untuk membantu mereka dan mereka tahu mereka boleh datang dan berbincang dengan saya.
"Semoga mereka sedar bahawa saya pernah berada dalam situasi yang sama dan saya tahu apa yang mereka akan lakukan -- kerap masuk dan keluar dalam pasukan, perlu menunggu giliran, kurang beraksi seperti yang dihajati, mendapati ia sedikit terlalu keras atau sengit, bergelut dengan kecergasan dan apa-apa sahaja.
"Saya telah melalui semua itu jadi saya harap mereka memahami bahawa saya juga pernah berdepan dengan cabaran itu. Saya sentiasa di sini untuk membantu mereka dan saya sentiasa bersedia untuk mereka dan memberikan nasihat."
Alexander-Arnold dijangka akan memperkuatkan The Reds yang akan menghadapi Manchester City dalam perebutan Perisai Komuniti, malam ini, yang lazimnya merupakan aksi pembuka tirai di England.
Ketiadaan Sadio Mane susulan penglibatannya dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2019 akan terus menguji pasukan itu yang gagal memenangi sebarang perlawanan dalam jelajah pramusim di Amerika Syarikat.
"Musim kami akan bermula hari ini dan kami akan menghadapi pertembungan dengan salah sebuah pasukan terbaik di dunia," katanya.
"Selepas berehat panjang, ia akan menjadi perlawanan yang sukar dan sengit tetapi kami tahu kami boleh mengimbanginya, kami telah membuktikannya sejak beberapa tahun lalu.
"Ia akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi saya yakin kami akan berusaha dengan sehabis baik."