BARCELONA 7 OSASUNA 1
Paco Alcacer mengulas mengenai kebanggaannya dapat berkongsi bilik persalinan dengan pemain bintang, Lionel Messi, selepas kedua-dua pemain itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan besar 7-1 Barcelona ke atas Osasuna, awal pagi tadi.
Messi membuka jaringan pada minit ke-12 perlawanan LaLiga itu di Camp Nou, kemudian menambah gol menerusi rembatan menarik pada minit ke-60, yang hadir selepas dua gol dihasilkan Andre Gomes.
Alcacer bermula lambat dalam suasana di Barca selepas berpindah daripada Valencia tetapi dia kini sudah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan liga terakhirnya, telah menembusi benteng pasukan pelawat selepas jaringan kedua Messi, disusuli jaringan pelengkap kemenangan besar pada baki empat minit.
Messi diberi penghormatan sebelum sepak mula dengan satu kain rentang menunjukkan pencapaian 500 gol kelab, satu kejayaan dramatik yang diraih kerana menewaskan Real Madrid hujung minggu lalu, dan Alcacer memuji rakan sepasukannya itu.
"Kami tahu kualiti yang Leo (Messi) miliki -- kuantiti perkara yang positif yang dia berikan kepada kelab dan anda mendapat kegembiraan menyaksikan dia bermain," katanya.
"Kami gembira untuknya. Dia seorang pemain yang unik. Tidak ramai pemain boleh mengatakan mereka telah bermain dengannya."
Mengenai sumbangannya, pemain berusia 23 tahun itu berkata: "Setiap penyerang berasa gembira apabila mereka menjaringkan gol tetapi ia lebih daripada itu. Ia tugas yang anda lakukan untuk membantu pasukan.
"Tetapi, sudah tentu, menjaringkan lebih banyak gol membuat anda berasa lebih yakin."
Alcacer juga mendedahkan ia adalah keputusan bersama untuk membenarkan Javier Mascherano mengambil sepakan penalti pada minit ke-67, dengan bekas pemain Liverpool itu akhirnya menjaringkan gol pertama buat Barca dalam aksi kompetitif selepas tujuh musim di kelab itu.
"Kami semua sedar bahawa Masch boleh mengambilnya dan ia membuatkan kami mengambil keputusan itu."