Gerard Pique mengakui Barcelona seharusnya tewas di tangan Athletic Bilabo sambil berkata juara bertahan LaLiga itu mengalami kesukaran di San Mames.
Menerusi sepakan gunting pada minit ke-89 daripada pemain veteran yang masuk dari bangku simpanan, Aritz Aduriz, Barca gagal meraih tiga mata dalam aksi pembukaan LaLiga musim 2019-20.
Barca menggegarkan palang melalui percubaan Luis Suarez -- sebelum dibawa keluar pada waktu rehat akibat kecederaan otot -- dan penggantinya, Rafinha, turut menyaksikan usahanya dinafikan dengan cerita sama tetapi mereka jelas buntu di bahagian depan tanpa kelibat kapten, Lionel Messi, yang masih mengalami masalah betis.
Keputusan itu membuatkan tekanan kian meningkat buat pengendali Barca, Ernesto Valverde, yang menerima kritikan musim lalu susulan penyingkiran mengejut di tangan Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah serta ditundukkan Valencia di pentas akhir Piala Raja Sepanyol meskipun mengekalkan kejuaraan LaLiga.
Meskipun menerima kekalahan di San Mames dengan hati terbuka, Pique tidak percaya Barca kini dalam keadaan teruk dan menekankan kekalahan di peringkat awal akan memberikan kebaikan buat pasukan.
"San Mames sentiasa memberi kesukaran dan hari ini, saingan membuktikannya kepada kami," katanya.
"Kami tidak menjadi diri sendiri. Sejak mula, mereka memberi kami banyak tekanan dan secara fizikal, mereka lebih baik walaupun memperlahankan rentak dalam babak kedua.
"Akirnya, tewas atau menang menjelaskan segalanya. Kami pulang dalam kekalahan yang akan membantu kami kerana lebih baik kalah sekarang berbanding di penghujung musim.
"Kami kembali daripada pramusim, terdapat pemain baru. Kadangkala, anda mempersiapkan diri untuk sebuah perlawanan dalam satu cara dan ia tidak berlaku seperti diharapkan.
"Dalam babak pertama, mereka memiliki satu peluang terbuka menerusi Inaki Williams dan kami (melalui Suarez) menggegarkan palang.
"Kami lebih banyak bermain dalam kawasan sendiri tetapi itu yang anda jangkakan di San Mames. Selepas rehat, kami mula ke kawasan lawan tetapi segalanya begitu rumit dan mereka membunuh kami di penghujung aksi."