Skip to main content

Bola Sepak

Aguinaldo yakin Liga Malaysia mampu tingkat prestasi

pknp.jpg
Pemain import PKNP FC, Amani Aguinaldo, menganggap saingan Liga Malaysia jauh lebih baik berbanding di Filipina dan percaya ia dapat membantu dia meningkatkan lagi mutu permainannya.

Aguinaldo menjadi taruhan buat PKNP untuk memperkuatkan benteng pasukan bersama Siyovush Asrorov dari Tajikistan.

Dia merupakan pemain keempat dari Filipina untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim ini selepas Patrick Reichelt menyertai Melaka, Joshua Grommen (PJ City FC) dan Luke Woodland (Kuala Lumpur).

Aguinaldo berkata kualiti yang ada dalam saingan Liga Super secara tidak langsung dapat membantu dirinya untuk memperbaiki prestasi.

"Sudah tentu Liga Malaysia lebih baik berbanding saingan di Filipina. Berada di sini bersama pemain asing, saya perlu meningkatkan permainan dan membuktikan kemampuan," katanya.

Bagaimanapun, Aguinaldo tidak mempunyai permulaan baik bersama PKNP selepas pasukannya kecundang 1-0 kepada PKNS FC di Shah Alam semalam.

Namun, pemain berusia 24 tahun itu percaya akan ada kebangkitan daripada skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu walaupun berdepan satu lagi lawan sukar, iaitu Pahang, di laman sendiri Sabtu depan.

"Sebagai pemain baru, saya tidak dapat lari daripada menyalahkan diri sendiri mengenai jaringan lawan. Ia adalah kesilapan bodoh. Namun, ini adalah bola sepak dan jika diberikan kepercayaan oleh jurulatih, saya akan perbaiki kelemahan dan mendapatkan kemenangan buat PKNP."
 

Advertisement

Must Watch Video