Pep Guardiola menegaskan bahawa Sergio Aguero tidak akan beraksi sebagai kesebelasan utama ketika menentang Manchester United dalam perlawanan 'Derby' di Old Trafford hujung minggu ini walaupun diturunkan Manchester City dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
Aguero beraksi selama 25 minit sebagai pemain gantian dalam babak kedua dan menjaringkan gol kedua pasukannya dari jarak dekat untuk menewaskan Marseille 3-0 di Stadium Etihad.
Komplikasi selepas pembedahan meniscus menyaksikan pemain berusia 32 tahun itu hanya diturunkan sebanyak empat kali musim ini dan Guardiola berkata selepas perlawanan itu bahawa dia lebih mengutamakan kecergasan jangka panjang penyerang berkenaan.
"Dia bermain dengan baik, menjaringkan satu gol -- untuk nalurinya, untuk kualitinya (dalam kawasan penalti),"kata Guardiola selepas Ferran Torres menjaringkan gol keempatnya dalam UCL musim ini dan Raheem Sterling melengkapkan keputusan itu pada minit terakhir.
"Kami memerlukannya untuk bersaing dengan penyerang lain.
"Kesemua mereka amat hebat, bermula dengan Kyle (Walker), dia sudah kembali, dan diakhiri dengan Ferra di depan," katanya.
Di tanya sama ada Aguero berada dalam perancangannya untuk diletakkan sebagai kesebelasan utama ketika bertemu United, Guardiola berkata: "Tidak, dia sudah empat atau lima bulan cedera.
"Saya gembira untuk berasakan yang dia sudah bersedia tetapi kami tidak mahu ia menjadi satu kerugian.
"Kerana itu kami perlu bersabar. Perkara terpenting adalah dia sudah berada di sini," katanya.
Dalam sidang media selepas perlawanan, Guardiola menambah: "Nalurinya untuk mejaringkan gol sentiasa ada. Perkara penting adalah dia sudah turun dalam tiga atau empat sesi latihan dan reaksinya selepas setiap sesi amat baik.
"Hari ini dia bermain selama 25 minit, menjaringkan gol dan sangat aktif.
"Ia memerlukan masa. Reaksinya esok selepas usaha seperti ini adalah perkara yang lebih penting," katanya lagi.

Happy to be back, happy for the W. My knee is feeling better and I'm gradually getting back into condition. My gratitude goes to the physios, the medical and technical staff, my team-mates and the fans for all your support ?? #ManCity #UCL pic.twitter.com/dtuLIB3L0W
— Sergio Kun Aguero (@aguerosergiokun) December 9, 2020